❤ Centa Hati Abam vs Embam ❤


❤ Centa Hati Abam vs Embam ❤
Diary


Nurul


Shout


Links

Welcome :)


Hello.
You are in Nurul's LAND.
Welcome to CENTA HATI ABAM VS EMBAM ;)
Feel free to navigate around.
And THANKS for coming :)




Archive :)


Search :)



Follow Me :)



Chat With Nurul :)

Cbox

Calendar :)

Credits


Skin+header designer : Ainnad_Rocks
Photos : Weheartit | Tumblr
Background : Kak Biyha

0 comment(s) ● Sunday 29 April 2012 ● 12:44
    Jam pun dh kul 3.40 pgi mate ni x ngntuk ag.. tu yg wt entry pasal colmar tropicale, n now pasal cerpen pulak.. adik ak fana suh tolong dia siap kan sbuah cerpen lam 3 pages... tetibe bile dh siap cerpen yg ak buat tu, udah terlebih rupenyer... tgh asik mengayat tup2 dh 6 pages u ollss... Wlaupun x sehebat mane, ak ttp nk postkan kt blog ak nie.. ak aku kesah org nk gelak ke ape bhahaha... <ak gelak dlu> tpi yg kelakar, smbil buat ak nanges.. sedih pulak cite yg ak buat nie.. < ak rse la  x tw la org lain kan> dh bce sila komen :) tenkiuq... Tapi cerpen ak nie x de tjuk.. nnti bru pikior, layankan ea :)


 
 Memeluk tubuhku di dalam kendinginan malam, sejuk nya terasa hingga ke tulang hitam, titisan hujan turun membasahi bumi subur Allah membuatkan hati ini bertambah pilu.  Seakan  mengerti penderitaan dan kesengsaraan hidup yang ku alami . Fikiran ku jauh melayang  entah ke mana. Ya Allah , aku hanyalah gadis yang lemah dan sangat memerlukan kekuatan dari Mu , Ya Rabb . Berikanlah aku kekuatan agar aku dapat melindungi insan yang aku sayangi . Kutenung penuh kasih sayang wajah tua ibu yang sedang nyenyak tidur, tentu ibu penat seharian bekerja menoreh getah dan mengambil upah membasuh baju di rumah orang selepas selesai menoreh .  Wajah ibu sungguh tenang walaupun memikul dua tanggungjawab sebagai ayah dan juga ibu di rumah. Kenapa harus ini semua terjadi kepada keluargaku, kenapa ayah pergi meninggalkan kami dan bernikah dengan perempuan lain tanpa persetujuan ibu seterusnya membuang kami semua begitu sahaja seperti sampah dan kami hilang tempat bergantung, kenapa??? kenapa begitu kejam ayah??? getus hati kecilku..
“ Jauh termenung along, ingat sape lah tu malam-malam macam ni ,hehe,” Suhaa tersentak dari lamunannya setelah mendengar  usikan dari  adik perempuan nya Nadia.
                “Tak ada apalah dik,”balas Suhaa sambil mengelap air mata nya, risau juga sekiranya adik nya ternampak dia menangis kerana sudah pasti sebagai kakak dia tidak mahu adik-adiknya bersedih juga. “Dah siap ke kerja sekolah tu dik? Suruh Amin dengan Aiman masuk tidur juga ye,” sambung Suhaa kepada adiknya.
  “Dah . Along tu pun tidur awal juga, esok kita nak ke sekolah ,”balas Nadia sambil menghulurkan tangan dan mengucup tangan kakak tersayang sebelum dia melangkah semula ke ruang tamu untuk menjenguk adik-adiknya yang sedang asyik menyiapkan kerja sekolah.
  Suhaa merapatkan jendela yang dari tadi terbuka luas, sejuk pulak rasanya, dia tidur bersama ibu nya memandangkan ibu nya sejak akhir-akhir ini tidak berapa sihat.
Azan subuh berkumandang , aku terus terjaga dari tidur, ku lihat ibu sudah tiada di sebelah ku, sudah bangun barangkali. Terus aku menggerakkan adik-adik yang tidur di bilik sebelah untuk  mandi, solat dan bersiap ke sekolah.  Langkah ku terhenti untuk masuk ke bilik air, kulihat ibu sudah menyiapkan sarapan untuk kami adik beradik makan sebelum ibu keluar menoreh pada pagi itu, sungguh mulia hati mu wahai ibu. Aku terus meluru mendapatkan ibu, berborak sebentar bersama ibu di dapur.
“Ibu buat karipap kesukaaan Along, hurm bau nya sedap menusuk ke hidung bu. Tak sabar along nak makan dan bawak bekal ke sekolah,”.
Ibu tersenyum melihat keletah Along yang persis gaya anak kecil . “Dah long , cepat pergi mandi dan solat,”bebel ibu.
Huk huk, huk , buntal mata Suhaa melihat ada darah yang keluar dari mulut ibu, ibu batuk teruk. “Ibu, ibu okey tak,”ujar Suhaa.
“Ibu okey je ,along tak payah risau,” balas ibu.
“Ibu , darah ni mari along lapkan.Along bawa ibu ke klinik ye, ibu tak payahlah menoreh hari ni.Along risaulha nak biarkan ibu pergi menoreh sorang-sorang,”Suhaa mula berasa tidak sedap hati.
 “Ibu okay along . Tengok ibu dah lap ,darah dah tak ada dah . Biasa lah dah tua-tua macam ni along.Nak ke klinik tu mahal, ibu kene simpan duit lebih, tahun ni kan Along dan Amir nak periksa SPM dan UPSR. Jangan risau ye long, ibu ok,”
“Tengok-tengok kan adik-adik tu nanti masa berjalan ke sekolah ya long, ibu nak solat lepas tu terus nak pergi menoreh,”Suhaa akur dengan pesanan ibunya. Suhaaa sudah biasa dengan pesanan ibu yang macam itu.Hatinya senang menjaga adik-adiknya yang pandai membawa diri walaupun hidup dalam serba kekurangan. 
Selesai solat, Suhaa menjenguk adik-adiknya yang lain.. Jam sudah pukul 6.45 pagi, waktu yang sesuai untuk keluar dari rumah kerana hari sudah sedikit cerah.
“Along, along , kitorang semua dh siap,” getus Aiman , adik Suhaa yang paling bongsu. “Aiman nak bawa kuih karipap ni ke sekolah lah along, boleh tak along bekalkan untuk Aiman?”
“Amir pun nak juga along,boleh makan waktu rehat . Jimat duit,” sampuk Amin,abang kepada Aiman.
“Iyalah , nanti along bungkus kan . Haihh,macam – macam ragam adik-adik along nih. Nasib baik korang comel . Hehe . Ambil sorang dua biji, yang ini untuk akak Nadia,”tambah Suhaa kepada adik-adiknya. Aiman dan Amin tersenyum melihat bekal yang sudah disiapkan oleh alongnya.
“Duit belanja hari ini boleh lah kita simpan dalam tabung, “kata Amin kepada Aiman.  Mereka pun memulakan langkah ke sekolah.
Setiba di sekolah, mereka pun berpecah, Suhaa dan adiknya , Nadia bersekolah di sekolah menengah, manakala Aiman dan Amir di sekolah rendah yang terletak di sebelah sekolah Suhaa.
Hati Suhaa mulai resah, dia tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaranya pada pagi itu., Ingatan nya melayang-melayang teringat pada kejadian pagi tadi. Dia melihat darah keluar dari mulut ibu. Ya allah , kau lindungi dan peliharalah ibuku dari bahana penyakit, panjangkan lah umur ibu ku Ya allah.Sesungguhnya dialah satu-satunya tempat kami mengadu dan bermanja kasih. Tanpa disedari air mata menitis. Dengan pantas Suhaa menyeka air matanya supaya rakan-rakan yang lain tidak nampak. Risau benar hatinya, semua yang dibuat jadi tidak keruan.
“Suhaa… Nur Suhaa.Mari kedepan , ustazah Umi Khaltum nak jumpa kamu, “panggilan cikgu benar-benar mengejutkan Suhaa dari lamunanya.
“Eerr…. errr, ye saya cikgu,” balas Suhaa . Turun naik dadanya menahan rasa terkejut dari teguran cikgu sebentar tadi. Suhaa terus mendapatkan cikgu di hadapan kelas. Dilihatnya ustazah Umi Khaltum sedang  berada di luar kelas sedang melambai-lambai ke arahnya.
“Suhaa, ade panggilan kecemasan dari umah jiran kamu ,Pak Hassan.kamu kenal ke? “soal ustazah. “Pak Hassan kata dia jumpa ibu kamu pengsan di ladang getah dengan mulut belumuran darah.
Apaaaaa ustazah? Ya allah .ibu!”
“Patut la berat sangat hati aku nak lepaskan ibu pergi menoreh pagi tadi,” bisik Suhaa dalam hati. “Saya kene balik sekarang ustazah.Ya , Pakcik Hassan tu jiran saya. Ustazah, risaunya hati saya ni,”
“Mari ustazah hantarkan kamu pulang Suhaa, “ujar ustazah.
“Tapi adik-adik saya Nadia di tingkatan 2 Anggerik, dan adik saya lagi berdua di sekolah rendah macam mane ustazah?” balas Suhaa.
“Nanti saya buat pengumuman di pejabat minta adik kamu , Nadia hadir di pejabat.Lepas tu kita pergi ambil adik kamu lagi dua orang di sekolah sebelah ye,” balas ustazah Umi Khaltum.
“Terima kasih ustazah,” balas Suhaa.
Setibanya Suhaa dan adik-adiknya di rumah, orang kampung sudah mula memenuhi rumah mereka. Alunan bacaan Yassin bergema memenuhi segenap ruang di rumah Suhaa.
“Ya allah ,ibu ! Long, ibu dah nazak, “ujar Nadia kepada Suhaa.
Suhaa mempercepatkan langkah nya naik ke rumah.”Ibu!” jerit nya.  Suhaa dan adik-adiknya mendapatkan ibu dan memeluk ibu semahu-mahunya.
Melihat dada ibu naik dan turun dengan kencangnya, membuatkan mereka bertambah risau. Suhaa mengelap darah yang keluar dari mulut ibu, ibunya batuk tidak henti-henti.” Ibu, ibu ,
 ujar Suhaa. Jangan lah tinggalkan kami bu, kami ada ibu je, kalau ibu pergi sapalah yang nak menjaga kami bu, along janji bu along akan jaga ibu dan adik-adik, along akan bahagia kan ibu. Ibu bertahan lah bu, kami sayang ibu,”Tangisan dan ratapan mereka adik beradik membuatkan orang kampung yang berada disitu turut bersedih dan mengalirkan air mata.
Mereka sememangnya kenal rapat dengan keluarga itu. Memang diakui mereka anak-anak yang patuh dan rajin menolong ibu mereka. Orang kampung juga kesal mengapa Hamid tergamak meninggalkan mereka dan berkahwin lain sedangkan anak-anak dan isteri terkontang kanting sebegitu rupa. Mereka dibuang begitu sahaja. Sejak dari itulah Munah mengalas tanggungjawab sebagai ibu dan juga bapa dengan tulang empat kerat yang ada. Sungguh meruntunkan hati kisah mereka sekeluarga. Tiga bulan lalu, Munah di sahkan mengidap penyakit barah hati. Munah merasakan hidupnya semakin gelap . Dia selalu bersedih mengenangkan nasib anak-anaknya sewaktu ketiadaannya. Hiba dan luluh hatinya, tapi semua itu dirahsiakan dari pengetahuan anak-anak nya kerana dia sedar kos perubatan untuk penyakit sepertinya memerlukan perbelanjaan yang besar. Manalah mampu bagi dirinya untuk menyediakan kos perubatan sedangkan dia kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.  Apa yang mampu Munah lakukan ialah memohon kepada Allah s.w.t supaya disembuhkan penyakitnya dan berharap agar umurnya dipanjangkan supaya dia dapat terus bersama anak-anak yang dicintai.
“A….A… long, Nadia, Aimannn, Amirrr, “ terketar – ketar dan sayup suara Munah memanggil ke empat-empat anaknya.
 “Ya ,bu,” jawab mereka serentak.
“Maafkan ibu nak, ibu tak dapat nak bertahan lagi., Pedih sangat. Menusuk rasanya kesakitan ibu ini.  Along, jaga adik – adik ya, kamu lah harapan ibu ,nak. Bimbing adik-adik sampai semoga berjaya di dunia dan juga akhirat. Kalau nyawa ibu diambil nanti, ibu tetap bahagia sebab ibu meninggalkan anak-anak yang soleh dan solehah yang mampu mengirimkan ibu doa bila ibu di sana nanti. Allah, sakitnya….”
“Ibu, ibu jangan pergi bu,” ujar Suhaa dan adik-adiknya. “Ibu, along janji akan tunaikan permintaan ibu.. mengucap bu , mengucap,”ujar Along dan Nadia, mereka berpelukan seketika.
“Ashaduala ila hailallah, waashaduaaana muhammadur rasullullah,” ucap Suhaa di tepi telinga ibu. Ibu melafazkannya dan selepas itu mata ibu terus terpejam buat selama-lamanya.
“Ibu, ibu !!!!!”jerit mereka adik beradik, “Ibu………….,”sungguh  hiba suasana ketika itu.
Orang kampung yang hadir, memeluk dan mententeramkan hati mereka, sungguh sayu dan pilu. Hilang lah sudah satu-satunya tempat mereka bermanja dan mengadu nasib.  Pengebumian di uruskan oleh orang-orang kampung, sampailah ke kenduri tahlil. Orang kampung amat bersimpati dengan nasib yang menimpa mereka, mereka cuba menolong semana mereka mampu.
Seminggu sudah pemergian arwah ibu yang teramat mereka cintai, Along, Nadia, Amir dan Aiman masih berada dalam keadaan sedih, di sekolah cikgu-cikgu mengadakan kutipan kilat bagi membantu mereka adik beradik.
“Assalamualaikum, “kedengaran suara lelaki garau di bawah rumah mengejutkan mereka adik beradik.
“Waalaikumusalam ,”jawab Aiman yang berada di tengah rumah.
“Saya Encik Ramli dengan Pn. Latifah selaku pegawai  kebajikan masyarakat datang ke rumah adik kerana ada sedikit perkara yang perlu kami bincangkan,” ujar encik Ramli.
“Jemput la naik ke atas rumah pakcik dan makcik, silakan. Sila duduk.Saya panggilkan along dan adik beradik yang lain ya,”.
“Baguslah semua dah berkumpul ,”ujar En Ramli.”Begini, memandangkan kamu baru sahaja kematian ibu dan sekarang kamu tiada tempat untuk bergantung, adalah menjadi tanggungjawab kami berdua untuk menempatkan anda semua dia bawah program keluarga angkat di mana anda akan dibesarkan oleh keluarga angkat masing-masing bagi memastikan kebajikan anda semua terjaga”.
“Along, Aiman tak nak hidup dengan keluarga angkat, “ujar aiman sambil menangis teresak-esak.”Aiman janji akan jadi budak baik dan dengar cakap along . Aiman nak duduk dengan Along”.
Suasana yang tadi serius menjadi sedih dengan serta merta apabila mendengar perucapan dari encik Ramli. Amir pun mula memanggil nama along, dan kak nadia.
“Along , akak ………Tak nak, tak nak ,”ujar Amir.” biar amir tak ada duitbelanja ke sekolah pun tak apa, janji kita adik beradik tak terpisah,”.
“Encik, Puan jangan lah begini.Kesian kami adik beradik.Kami baru je kehilangan ibu, ni pulak encik dan puan nak pisahkan kami adik beradik pulak. Kesian lah kat kami encik, puan ,”ujar Suhaa merayu sambil melutut dihadapan dua orang pegawai kebajikan itu.
Nadia yang dari tadi terkedu, turut melutut sebelah kakaknya Suhaa apabila melihatnya kakaknya berbuat demikian.  Mereka melihat satu sama lain dengan pandangan penuh hiba . Luluh hati mereka selepas satu persatu kenangan pahit terjadi dalam hidup mereka.
“Encik, puan tidak kasihankan kami kah?” ujar Nadia dengan muka penuh belas kasihan. “Kami sudah biasa hidup susah encik,.T idak mengapa , kami boleh cari kerja sambilan selepas pulang dari sekolah asalkan encik janji encik tak pisahkan kami adik beradik. Tolonglah encik, puan. Saya merayu sangat-sangat. “Esakan Nadia jelas didengar oleh pegawai - pegawai itu, namun apakah daya sudah menjadi tanggungjawab pegawai itu memastikan yang terbaik untuk anak-anak itu.
“Maafkan kami,” ujar Puan Latifah. “Sudah menjadi tanggungjawab kami menempatkan anda semua di bawah program anak angkat bagi menjamin masa kamu semua yang lebih baik. Kamu cuma terputus hubungan buat sementara waktu sahaja, kamu akan dibesarkan oleh keluarga angkat masing-masing dan apabila sudah besar dan boleh berdikari dan menyara hidup sendiri kamu juga boleh bersatu semula.Percayalah cakap saya ni, ni semua untuk kebaikan kamu adik beradik bagi menjamin masa depan yang lebih cerah,” ujar puan Latifah menyakinkan mereka adik beradik.
Sudah 3 hari berlalu, namun kata-kata dari Puan Latifah dan En Ramli itu masih bermain-main di kotak fikiran mereka. Mereka semua sudah sepakat apa apa pun yang terjadi hidup mesti diteruskan dan mereka berjanji akan mencari satu sama lain apabila besar kelak.Hubungan adik beradik dan darah sama yang mengalir dalam badan ini akan tetap bersatu, hanya maut sahaja dapat memisahkan mereka. Itulah janji adik beradik itu. Kini , mereka pasrah dengan apa jua kehidupan yang bakal mereka tempuh nanti. Semoga arwah ibu yang tercinta aman di sana. Semoga Allah menempatkan ibu di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. Segala  pahit manis kehidupan terpaksa mereka telan, dan mereka sedar kini mereka telah kehilangan ibu . Insan yang amat mereka sangat cintai…………
*************************************************************************************

  Haa nanges ke tak, lau tak nanges tu maknenyer tak menjadi la cerpen sedih ak nie, Sekian, tamat lah sudah.. hak milik - Nurul Naim binti Zaini- lau suke komen lau tak suke pun komen jugak :)




Photobucket
Older Posts | newer Posts